Luqman jadi tumpuan latihan di Johor

Tumpuan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe pada sesi latihan pusat yang bermula hari ini sehingga 30 Mac pasti akan sedikit terarah kepada dua pemain muda, Luqman Hakim Shamsuddin dan Muhammad Ramadhan Saifullah Usman.

Kedua-dua pemain sedang meningkat naik tersebut mendapat peluang lebih luas untuk membuktikan kualiti mereka apabila turut tersenarai bersama 26 pemain lain bagi menyertai sesi latihan di Johor Bahru itu.

Menurut sumber Bernama, Tan Cheng Hoe menegaskan keupayaan semasa yang ditampilkan Luqman dan Ramadhan menjadi perkiraannya dalam menyenaraikan kedua-dua pemain tersebut.

Cheng Hoe turut melihat faktor usia Luqman dan Ramadhan yang masih muda tidak langsung menjadi masalah buatnya dalam memberikan peluang tersebut sebaliknya beliau melihat potensi kedua-dua bakat besar itu.