Luqman Dah Kembali

Striker muda negara, Luqman Hakim telah pulih sepenuhnya daripada kec3deraan hamstr!ng pada kaki kanannya dan mula menyertai sesi latihan skuad utama KV Kortrijk.

Perkara ini dikongsikan oleh Kortrijk menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana selain Luqman, ada dua lagi pemain yang turut pulih daripada kec3deraan.

Luqman mengalami kec3deraan hamstr!ng pada kaki kanannya ketika menjalani sesi latihan, sehari selepas aksi men3ntang RSC Anderlecht pada 24 Oktober lalu.

Setelah dianalisis oleh pihak perubatan kelab, otot Luqman koyak sepanjang 1.9 sentimeter sekaligus pemain berusia 19 tahun itu dinasihatkan agar berehat selama tiga minggu.

Kini, setelah pulih sepenuhnya, Luqman boleh menampilkan prestasi terbaik dalam sesi latihan sekaligus memikat hati pengendali pasukan, Yves Vanderhaeghe bagi menurunkan beliau dalam kesebelasan utama.

Pada perlawanan Jupiler Pro League seterusnya, KV Kortrijk akan turun berdepan KV Oostende di laman sendiri.