Liverpool dan Man U Sama Je

LONDON: Juara bertahan Liverpool tewas memalukan 7-2 di tangan Aston Villa dan pengurus Tottenham, Jose Mourinho mencatat kemenangan 6-1 mengatasi bekas kelabnya Manchester United dalam saingan Liga Perdana awal pagi tadi.

Pencabar utama, Liverpool dan United berduka selepas mengalami kekalahan antara terburuk pernah dialami dalam bola sepak England buat dua kelab paling berjaya itu.

Pengkaji sejarah mula mencari buku rekod ketika gol mula menerjah gawang, pada mulanya di Old Trafford ketika United melepaskan enam gol hanya untuk kali ketiga dalam era Liga Perdana.

Ia diikuti di Villa Park ketika Liverpool mengalah dengan tujuh gol buat pertama kali sejak 1963.

Buat pertama kali sejak 1986, United tewas dua perlawanan awal di laman sendiri dan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer melabelkan kekalahan terbesar di laman sendiri sejak 2011 itu sebagai hari paling teruk saya.

Ia sangat memalukan, ia mengecewakan pemain. Ia meng3cewakan saya sebagai pengurus, kata Solskjaer. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *