Lepas Dia di keluarkan baru menjadi — Dollah

Dollah Salleh ternyata tidak dapat menyembunyikan kek3cewaan atas kegagalan pasukannya meneruskan langkahan dalam saingan Piala Malaysia 2020, selepas disingkirkan Kedah seawal pusingan pertama.

Pahang bangkit daripada ketinggalan 0-3 sebelum tewas dengan jaringan 2-3 kepada finalis 2019 itu namun mereka sewajarnya menyalahkan diri sendiri atas persembahan buruk kurang bertenaga di babak pertama.

Pada ketika Kedah masuk ke bilik persalinan selepas jaringan Shakir Hamzah, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche meletakkan mereka selesa mendahului, ramai beranggapan Pahang akan menjadi m@ngsa kenduri di Darul Aman dengan Kedah akan terus mengg@nas.

Tetapi ia permainan yang jauh lebih baik ditunjukkan skuad tok gajah di separuh masa kedua apabila mereka mengurangkan defisit menerusi Muslim Ahmad dan jaringan Faizal Rani pada minit akhir tetapi ternyata ia sudah terlewat untuk melakukan comeback s3nsasi.

Dollah Salleh mengakui hakikat itu malah dia tegaskan bahawa barisan depan nampak lebih berfungsi hanya selepas Ivan Carlos dikeluarkan, dan Faisal Halim mengambil alih peranannya di barisan depan.

Kita bermain sambil lewa dan buat kesilapan mudah yang bolehkan Kedah dapat gol, ketika rehat separuh masa pertama saya minta mereka berubah jika tidak mahu bolos lagi banyak gol dan sebab itu ada perubahan yang ketara.

Dan di separuh masa pertama gandingan Ivan Carlos serta Dickson Nwakaeme kurang menjadi, Dickson bermain baik tapi Ivan tidak banyak membantu dan itu sebab saya keluarkan dia dan masukkan Dinesh, kemudian tolak tolak Faisal Halim ke depan, dan selepas itu kita nampak lebih berjaya kucar-kacirkan pertahanan Kedah, tapi sayang kebangkitan sudah terlewat, ujar Dollah Salleh.

Pengendali itu bagaimanapun tidak mahu menyalahkan Dickson Nwakaeme yang gagal menyempurnakan penalti ketika saat-saat yang cukup genting.

Pahang dihadiahkan penalti oleh pengadil Nazmi Nasarudin pada minit ke-80 selepas Adam Michael Reed dijatuhkan Renan Alves, ketika kedudukan 1-3.

Agak terkilan juga lah, sebab kalau penalti itu masuk, sudah tentu kita ada lebih banyak masa untuk mencari gol penyamaan. Tapi nak buat macam mana, inilah bolasepak, biasa dalam latihan dia sepak selalu masuk. Nak salahkan dia pun tak boleh, dia menunjukkan kerja keras dan bermain dengan baik sepanjang perlawanan.

Dengan kekalahan ini, maka ia menjadi musim yang cukup suram buat Pahang selepas terdahulu sekadar menamatkan Liga Super di kedudukan kelapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *