Legenda Johor Akhirnya Bersuara

Sekiranya benar Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘digantvng’ daripada menyertai saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan, ia boleh dianggap sebagai penganiayaan kepada skuad JDT.

L3genda bola sepak Johor, Rizal Sukiman menegaskan skuad bimbingan Benjamin Mora itu tidak seharusnya ‘dihukvm’ atas kegagalan menyempurnakan baki kempen peringkat kumpulan ACL musim ini di Doha memandangkan ia bukan kemahuan pasukan itu.

Jelasnya, JDT hanya mematuhi arahan yang sudah ditetapkan kerajaan ketika itu dan penggantungan yang dikhabarkan bakal diterima juara Liga Super tujuh kali itu disifatkan sebagai keputusan yang benar-benar tidak adil.

Dalam hal ini, JDT tidak buat salah kerana mereka memang komited untuk ke Doha sehingga mereka bersedia membahagikan dua pasukan untuk ke ACL dan Piala Malaysia ketika itu.

Jadi, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) wajar mengambil kira semua sudut sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai penyertaan JDT ke ACL. Jika betul JDT tidak dapat bertanding, ia adalah satu keputusan yang begitu berat.

“Kalau (penggantungan) sebab mereka tidak ke Doha tempoh hari, ini adalah keputusan yang tidak adil kepada JDT. Saya harap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh membantu JDT dalam hal ini,” katanya.

Terdahulu, status penyertaan wakil tunggal negara ke saingan tertinggi benua Asia itu pada musim depan secara tiba-tiba menc3tuskan tanda tanya susulan dakwaan permohonan mereka untuk mendaftar dalam kejohanan itu ditolak AFC.

Namun, setakat ini belum apa-apa kenyataan rasmi mengenai perkara itu sama ada daripada pihak AFC mahu pun JDT sendiri dengan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John juga enggan memberi komen lanjut berkaitan dakwaan itu.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan AFC menolak pendaftaran JDT berpunca daripada tindakan skuad JDT menarik diri daripada kejohanan berkenaan musim ini.

Dalam masa sama, Rizal turut mengakui ketiadaan JDT dalam saingan ACL pasti memberikan kerugian bukan sahaja kepada pemain pasukan itu sendiri, malah kepada perkembangan bola sepak negara juga.

Kita tahu JDT sudah memiliki pengalaman dalam ACL sebelum ini dan dengan barisan pemain yang dihimpunkan untuk mengharungi musim depan, mereka sebenarnya mampu untuk pergi lebih jauh.

Jika mereka dapat mara sejauh mungkin, ia memberi manfaat kepada pemain dan juga ranking sebagai ahli gabungan AFC. Jika mereka tidak bertanding, sudah tentu ini akan merugikan kita semua, katanya.

Sementara itu, sumber memberitahu nasib JDT sama ada boleh bertanding ataupun tidak, mungkin diketahui minggu depan.

Ketika ini, katanya, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sedang dalam proses untuk mengenal pasti status setiap pasukan yang akan menyertai saingan elit benua Asia itu sebelum membuat apa-apa makluman rasmi mengenainya.

Bukan setakat JDT, tetapi semua pasukan yang akan bertanding sedang dinilai oleh AFC ketika ini. Ini adalah proses biasa yang dilakukan AFC setiap kali musim baharu ACL dilangsungkan.

Kita akan mendapat gambaran jelas mengenainya mungkin sekitar minggu depan, kata sumber terbabit.