Kv Kortrijk Menang Lagi

KV Kortrijk meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Jupiler Pro League apabila meraih satu lagi kemenangan dimana kali ini kelab itu menewskan pasukan yang berada di tangga terc0rot, Royal Excel Mouscron dengan keputusan 3-0.

Perlawnan antara Kortrijk menent@ng Royal Excel nyata dinanti-nanti oleh peminat bola sepak tanah air dimana mereka menjangkakan penyrang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin akan membuat penampilan pertama dalam saingan Jupiler Pro League.

Namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila Luqman tidak tersenarai dalam matchday squad Kortrijk pada semalam sekaligus peminat terpaksa menunggu untuk menyaksikan Luqman beraksi buat kali pertama

Pada perlawnan semalam KV Kortrijk nyata lebih unggul berbanding Royal Excel dimana mereka mencetak tiga gol pada separuh masa kedua menerusi Ilombe Mboyo minit ke-59, Giles Dewaele (ke-63) dan Eric Ocansey (ke-83).

Selepas meraih kemenangan, KV Kortrijk kini berada di tangga ketiga liga dengan mengutip 10 mata selepas menjalani lima perlawnan.

Seterusnya, Kortrijk akan berdepan dengan pasukan yang menghuni tangga kedua, Standard Liege pada 20 September ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *