KV Kortrijk Buat Sesuatu Kepada Luqman

Kelab Belgium, KV Kortrijk bakal melancarkan sebuah dokumentari mengenai perjalanan striker skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim bersama pasukan itu.

Perkara ini diumumkan oleh KV menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan pada semalam, dimana dokumentari tersebut bakal menceritakan mengenai hari pertama Luqman setibanya beliau di Kortrijk.

Selain menampilkan perjalanan Luqman bersama KV, dokumentari tersebut dilihat juga bakal menunjukkan bagaimana pemain berusia 19 tahun itu menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di Kortrijk.

Baru-baru ini, Luqman membuat penampilan pertama bersama skuad senior Kortrijk pada perlawanan Jupiler Pro League men3ntang RSC Anderlecht pada minggu lalu.

Luqman dimasukkan pada separuh masa kedua dimana beliau memainkan peranan besar dalam sepakan penalti yang diperoleh oleh Kortrijk ketika ketinggalan 3-0.

Melihat kepada persembahan yang ditampilkan oleh Luqman pada aksi men3ntang Anderlecht, tidak mustahil beliau terus diberi kepercayaan untuk berada dalam skuad senior pada perlawanan akan datang.

KV Kortrijk akan turun men3ntang Zulte Waregem pada perlawanan Jupiler Pro League yang seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *