Keputusan Sumareh Tepat

PENGHIJRAHAN Mohamadou Sumareh ke Liga Thailand dianggap tepat bagi memastikan dia terus meraih minit permainan selepas kini bergerak sebagai ejen bebas.

Sumareh, 26, sebelum ini difahamkan sudah mengaktifkan klausa 8.7 yang menyaksikan kontraknya bersama Pahang terbatal selepas majikannya itu didakwa ggal membayar gaji mengikut perjanjian.

Justeru, pemain naturalisasi pertama negara itu kini tidak bertuan dan oleh kerana jendela perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga-M) sudah ditutup, maka pilihan terbaik adalah dengan beraksi di Liga Thailand.

Menurut ejen pemain, Syed Qamarul Firdaus, tonggak kelahiran Gambia itu perlu mencari pasukan baharu bagi memastikan tahap kecergasannya tidak terganggu yang mungkin menganc@m tempatnya bersama skuad kebangsaan.

Pilihan ke Liga Thailand adalah tepat. Sebab dia sekarang dah tak ada pasukan, jadi dia mesti nak bermain untuk dapatkan minit permainan.

Kalau nak main Liga-M sudah tak boleh . Takkan dia nak tunggu g0yang kaki sampai musim depan. Selaku pemain profesional, Sumareh kena kekal konsisten dan bermain banyak perlawnan.

“Jadi Liga Thailand saya anggap pilihan tepat dan bagus untuk dia kembangkan kariernya. Soal berapa lama dia bermain di sana, enam bulan atau setahun, itu tak penting. Paling mustahak adalah minit permainan,” kata pemilik syarikat I One Sports Agency Sdn Bhd itu.

Berdasarkan kalender liga negara G@jah Perang itu, mereka akan menyambung semula saingan domestik pada 12 September ini.

Difahamkan, beberapa pindaan dalam proses jendela perpindahan pemain pada April lalu menyaksikan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meluluskan permohonan FA Thailand untuk membuat tiga jendela perpindahan dalam musim 2020/2021.

Dengan kelulusan itu, pasukan dalam saingan Liga Thailand boleh melepaskan atau mengambil pemain baru sebelum saingan disambung semula September nanti dengan nama Sumareh boleh didaftarkan oleh kelab baharunya, Police Tero FC.

Jendela perpindahan kedua musim 2020/2021 itu akan bermula dari 25 Ogos hingga 7 September ini, manakala jendela perpindahan ketiga pula akan bermula pada 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021.

Terdahulu, kec0h apabila tonggak utama Pahang itu tidak kelihatan menjalani latihan bersama skuad kendalian Dollah Salleh sejak sebulan lalu sekali gus mencetuskan persoalan ke mana perginya pemain naturalisasi pertama negara itu.

Sebagai rekod, ketika ini dua pemain negara turut beraksi di Liga Thailand iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Dominic Tan.

Norshahrul beraksi buat kelab BG Pathum United manakala Dominic bakal menjadi rakan sepelatih Sumareh di Police Tero FC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *