Keputusan final Terbuka Thailand

Harapan untuk menyaksikan beregu profesional berpengalaman negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong untuk bergelar juara Yonex Terbuka Thailand tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin dalam pertarungan tiga set.

V Shem-Wee Kiong yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio beraksi dalam pertarungan yang berlangsung selama 65 minit dengan saingan berkesudahan 16-21, 23-21, 19-21.

Aksi longlai di set pertama dengan melakukan kesilapan mudah menyebabkan mereka terpaksa akur tewas di set pertama sebelum bangkit untuk menang di set kedua dan akhirnya menyaksikan keputusan memihak kepada pasangan Taiwan itu.