Kena Start Balik

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menyusun semula perancangan skuad Bawah 19 (B-19) kebangsaan untuk disesuaikan dengan tarikh baharu kejohanan yang akan
diumumkan K0nfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Dengan berita penangguhan ini, kem latihan pusat Fasa 3 yang sepatutnya diadakan September dibat@lkan, begitu juga perlawnan-perlawnan persahabatan
yang telah dirancang.

Selepas berakhirnya kem latihan pusat Fasa 2 pada 29 Ogos, pemain dilepaskan terus untuk mereka kembali ke pasukan masing-masing bagi mengharungi baki sa!ngan Liga Super dan Liga Perdana.

“Sekretariat FAM akan menyusun semula perancangan pasukan bersama pihak
pengurusan dan juga kejurulatihan. Kita akan maklumkan nanti kepada peminat
dan juga med!a,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Kelmarin, AFC mengumumkan Kejuaraan B-19 AFC ditangguh ke awal 2021. Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama Qatar, Tajikistan dan Yemen.

Penangguhan itu ek0ran situasi semasa
pandem!k C0v!d-19 yang masih tidak menentu, sekali gus menyaksikan AFC tidak dapat meneruskan perancangan untuk mengadakan pusingan akhir kejohanan berkenaan mengikut tarikh yang ditetapkan itu.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Brad Maloney menerima berita penanggvhan itu dengan p0sitif biarpun pasukannya sudah pun melakukan persiapan awal sejak dari kem latihan pusat Fasa 1 bermula 6 Julai lalu.

Sesuatu yang cukup baik apabila kami dapat berlatih bersama tetapi kami perlu mengh0rmati keputusan AFC demi kepentingan semua.

“Selepas mendapat tarikh baharu, kami akan susun semula perancangan pasukan dan sekarang kita ikut sahaja apa yang sudah dipvtuskan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *