Kelantan Mungkin dapat Kembali Jurulatih juara treble

Adakah benar Bojan Hodak bakal membuat kemunculan semula dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Persoalan itu timbul selepas nama pengendali kelahiran Croatia itu dikaitkan dengan pasukan Kelantan FC untuk menghadapi kempen Liga Perdana.

Sp3kulasi itu jelas bertiup k3ncang dalam kalangan peminat bola sepak Cik Siti Wan Kembang yang sememangnya merindui sentuhan magis Hodak yang pernah membimbing Kelantan selama dua musim dari 2012-2013.

Jika benar Hodak adalah pilihan Kelantan FC yang kini dimiliki oleh Norizam Tukiman, ia sememangnya pilihan yang tepat berdasarkan kepada rekod pencapaiannya dalam liga tempatan.

Apa tidaknya, setiap pasukan yang dibimbingnya pasti berjaya menjulang trofi seperti mana yang dilakukannya ketika bersama Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.

Ketika membimbing skuad The Red Warri0rs (TRW), Hodak berjaya mengukir sejarah unik dalam liga tempatan apabila membawa pasukan muncul juara treble pada 2012 dengan menjulang Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Pada musim kedua, barisan kendaliannya berjaya mempertahankan Piala FA selain mara ke final Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut sebelum tewas kepada Pahang.

Pada musim 2014, beliau berhijrah ke JDT dan beliau menamatkan penantian skuad JDT untuk menjulang Liga Super buat pertama kalinya selepas gagal diterjemahkan pada 2012 dan 2013 sejak pasukan Johor dijenamakan kepada JDT.

Sentuhan ajaibnya kemudian ditagih oleh skuad kebangsaan bawah 19 (B-19) tahun negara dan hasilnya pasukan berjaya muncul juara Piala AFF B-19 di Indonesia selain layak secara merit ke pusingan akhir saingan AFC B-20 pada 2018.

Begitupun, difahamkan Norizam ketika ini turut sedang mempertimbangkan jurulatih dari Itali seperti mana yang ditulisnya di laman Facebook rasmi miliknya semalam.

InsyaAllah ketua jurulatih Kelantan FC dari Itali, katanya.

Apapun, peminat setia TRW pastinya sudah tidak sabar menanti pengumuman rasmi jurulatih baharu pasukan selepas pengendali musim ini, Yusri Che Lah disahkan tidak lagi bersama kelab itu pada musim depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *