Kelantan FC Dah Dapat Import Pemain

Kelantan FC mungkin boleh kembali berbelanja untuk mendapatkan pemain import baharu selepas peguam Cassio Francisco de Jesus, Zhafri Aminurashid akan membantu pasukan itu ‘bebas’ daripada sekatan perpindahan.

Ini selepas skuadĀ  itu (TRW) sudah pun menyelesaikan tunggakan Cassio yang juga bekas pemain import pasukan itu, sekali gus membuktikan komitmen mereka dalam melunaskan hutang yang ditanggung sebelum ini.

Justeru, Zhafri menjelaskan pihaknya akan menulis surat kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan mencadangkan supaya sekatan perpindahan yang dikenakan ke atas Kelantan FC sehingga 2022 itu dapat ‘diringankan’.

Hvkuman yang dikenakan FIFA ke atas isu Cassio ini adalah paling berat kerana ia membabitkan sekatan perpindahan. Tetapi Kelantan FC komited dan kita sudah mencapai persetujuan untuk tunggakan bagi gaji Cassio.

Jadi, pihak kami akan mencadangkan kepada FIFA supaya sekatan perpindahan itu dapat ditukar kepada ‘tempoh pengawasan’ selama dua tahun seperti yang diperuntukkan dalam kod undang undang badan induk antarabangsa itu.

Kalau ia dapat dipersetujui, Kelantan FC boleh kembali menandatangani pemain import baharu tetapi mereka perlu berhati hati supaya tidak lagi terbabit dalam sebarang masalah tunggakan gaji dalam tempoh yang diberikan itu, katanya.

Sebagai rekod, Kelantan FC sudah melunaskan tunggakan gaji Cassio dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM612,632.50 menerusi empat kali pembayaran.

Pembayaran pertama pada 9 September lalu membabitkan pembayaran sebanyak RM105,000 manakala kedua pada 13 September (RM189,000) dan terakhir pada 15 serta 17 Disember lalu membabitkan RM30,487.59 dan RM288,145.

Mengenai peluang Kelantan FC mendapat kelulusan FIFA, Zhafri berkata berita gembira dijangka diperolehi pasukan selepas membayangkan peluang untuk mereka bebas daripada sekatan perpindahan itu dianggap tinggi.

Dalam kes ini, Kelantan FC sudah menyelesaikan tunggakan gaji dan mungkin FIFA boleh mempertimbangkannya (bebas daripada sekatan perpindahan). Pada hemat FIFA, mereka sebenarnya mahu melihat masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.

Pada saya, peluang itu memang cerah tetapi apa pun, sebarang keputusan tetap tertakluk di tangan FIFA. Di pihak kami, kami akan cuba membantu Kelantan FC, katanya.

Kelmarin, Kelantan FC turut mengumumkan sudah melunaskan tunggakan gaji seorang lagi bekas pemain import skuad (TRW), Abou Bakr Al Mel.

Penasihat Undang-Undang Kelantan FC, Shairuz Sheffie berkata sebanyak RM969,283 sudah dibayar kepada bekas striker import dari Lubnan itu, menerusi dua kali pembayaran iaitu pada 15 Oktober dan 17 Disember lalu.