Kelab Safawi Raih Kemenangan Sulung

Portimonense membuktikan bahawa mereka bukan sekadar penumpang dalam Liga Primeira di Portugal menerusi semangat juang tinggi untuk meraih kemenangan sulung apabila menjinakkan Maritimo 2-0 ketika disiarkan ekslusif oleh Astro Arena, sebentar tadi. 

Meskipun hajat untuk melihat Safawi Rasid muncul sebagai anak jati Malaysia pertama yang beraksi di pentas utama Eropah tertangguh, skuad kendalian Paulo Sergio itu menguasai perlawanan tetapi dikejvtkan dengan sepakan penalti yang dihasilkan striker lawan, Rodrigo Pinho, pada minit ke-51. 

Portimonense memulakan kebangkitan dalam tempoh lima minit menerusi pemain tengah kelahiran Brazil, Dener Gomes Clemente, pada minit ke-69 sebelum pemain rakan senegaranya yang juga pemain gantian, Anderson da Silva, menyempurnakan kebangkitan itu untuk meletakkan mereka di tangga ke-11 setakat empat perlawanan. 

Bagaimanapun, bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu diberi kesempatan untuk mempamerkan taringnya semalam apabila diturunkan dalam kesebelasan barisan B-23 dengan memakai jersi nombor 10.

Dia dikeluarkan di kedudukan 1-1 sebelum tewas 1-3 kepada Sporting CP. 

Dalam perlawanan itu, Safawi mendapat pujian atas keberaniannya mengawal bola dan mencipta peluang buat rakan sepasukannya.

Tondela, yang kalah kepada Gil Vicente minggu ini, akal menjadi lawan seterusnya buat Portimonense Sabtu depan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *