Kedah Sahkan Dengan Nilai RM 3.8 Juta

SIK: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan sudah melunaskan semua gaji tertunggak pemain dan pegawai pasukan itu berjumlah RM3.8 juta semalam.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata bayaran gaji itu membabitkan tunggakan bayaran bagi bulan April, Mei dan Jun tahun ini.

Justeru, beliau yakin pasukan Kedah dapat meneruskan rentak kecemerlangan ketika pertemuan kalah mat! Piala Malaysia bertemu Pahang di Stadium Darul Aman pada 6 November ini.

Insya-Allah Kedah sedang tonjolkan permainan yang baik sekarang, lagipun semua tunggakan gaji sebanyak RM3.8 juta sudah dibayar semalam.

Saya yakin dengan prestasi semasa pasukan dan bimbingan ketua jurulatih pasukan serta semangat mereka, Kedah mampu menewaskan Pahang, katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saingan Piala Malaysia membabitkan pertemuan dengan Pahang selepas Kedah diundi dalam saingan ‘maut’ itu.

Terdahulu, Muhammad Sanusi ditemui selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK Peringkat Negeri Kedah di Dewan Al-Hana di sini, petang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *