Kedah Dan Pahang Nasib Kurang Baik

KUALA LUMPUR: Pertemuan mavt! Itu ungkapan yang boleh diberikan kepada Kedah dan Pahang apabila kedua-dua pasukan itu akan bert3mbung pada peringkat awal saingan Piala Malaysia musim ini.

Format pertandingan kalah mat! dan tiada aksi timbal balik yang diperkenalkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk kejohanan itu juga bakal menyaksikan salah satu daripada pasukan itu akan tersingkir awal.

Pada majlis undian yang berlangsung sebentar tadi, satu lagi perlawanan yang dijangka s3ngit adalah pertemuan antara juara 33 kali, Selangor dan Melaka United.

Lebih menarik, pemenang antara Selangor dan Melaka United berdepan laluan berliku apabila akan men3ntang sama ada Kedah atau Pahang di peringkat suku akhir.

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh dianggap berdepan laluan lebih mudah apabila diundi men3ntang Kuching FA, pasukan yang membuat penampilan pertama pada kejohanan tertua itu.

Menanti pemenang antara aksi JDT dan Kuching FA di suku akhir adalah Kuala Lumpur yang mendapat bye susulan ketiadaan pasukan Sabah.

Empat lagi perlawanan di peringkat awal termasuk pertembungan Perak dan Kelantan United, Terengganu FC (TFC) menentang PJ City, Pulau Pinang berdepan Felda United dan UiTM FC melawan Kelantan.

Format kalah mat! dan tiada aksi timbal balik terpaksa dilaksanakan MFL susulan pand3mik C0VID-19 dengan sepak mula akan berlangsung pada 6 November ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *