10 permohonan dari luar negara sudah diterima

Skuad Kuala Lumpur akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan apabila mengesahkan kedudukan menerusi slot kedua selepas Pulau Pinang yang muncul sebagai juara Liga Premier.

Bagaimanapun, jurulatih pasukan itu, Nidzam Adha Yusoff tidak mempunyai lesen kejurulatihan Diploma AFC Pro yang merupakan syarat wajib dimiliki oleh jurulatih pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super.

Lesen Diploma AFC Pro ini merupakan antara lesen tertinggi dalam karier jurulatih bola sepak.

Justeru itu, pengurusan Kuala Lumpur kini sedang mencari ketua jurulatih baharu dan mereka telah pun menerima lebih 10 permohonan dari luar negara seperti Portugal, Jerman, Australia dan termasuk negara jiran, Singapura.

Kami terima banyak permohonan daripada jurulatih luar negara dan tempatan. Ada juga beberapa nama turut dikaitkan dengan Kuala Lumpur tetapi ia hanya khabar ang!n kerana pemilihan belum lagi dilakukan.

Keputusan belum dibuat kerana kami mahu meneliti terlebih dahulu jurulatih yang benar-benar layak kerana masing-masing mempunyai latar belakang hebat dan memenuhi kriteria kami, kata Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa dalamĀ Kosmo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *