JDT terima berita gembira

Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh menarik nafas lega selepas Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memutuskan kelab itu ‘lulus’ bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco dan Jawatankuasa Pertandingan hari ini.

“Jawatankuasa pertandingan dan Exco sudah luluskan permohonan JDT. Ya, (mereka akan bertanding untuk edisi tahun ini).

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor dan sokongan Kerajaan yang telah memberi surat dan sebagainya,” kata Windsor kepada Utusan Malaysia hari ini.

Pada 11 November lalu, skuad JDT terpaksa melupakan baki saingan peringkat kumpulan ACL di Doha selepas tidak mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk keluar negara ekoran pand3mik C0vid-19

Dakwaan penolakan pendaftaran JDT oleh AFC bagaimanapun dipertikai beberapa pihak kerana ia dianggap tidak adil buat JDT selain ada yang menyifatkan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu sebagai m@ngsa keadaan.

Undian ACL 2021 akan berlangsung Rabu ini dengan skuad JDT diletakkan dalam balang tiga.