JDT Mangsa Keadaan

Menarik diri daripada Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 bulan lalu bukan kehendak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Begitupun, juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu terpaksa menanggung akibat dan berisik0 digantung dua musim daripada saingan kelab elit Asia tersebut.

Pada 11 November lalu, skuad JDTn terpaksa mlupakan baki saingan peringkat kumpulan ACL di Doha selepas tidak mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk keluar negara.

Menurut Peraturan Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Perkara 6.2, JDT bakal berdepan denda AS$50,000 (RM207,000) selain penggantungan dua tahun dalam saingan yang dikelolakan badan induk bola sepak Asia itu.

Menurut sumber, perkara itu sudah sampai ke pengetahuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Perkara ini sudah dimaklumkan (kepada FAM) dan JDT tidak dapat beraksi di ACL selepas borang penyertaan mereka ditolak,” kata sumber berkenaan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John bagaimanapun enggan memberi sebarang jawapan dan berjanji akan mengeluarkan kenyataan rasmi minggu depan.

“Buat masa ini tiada komen. Mungkin minggu depan,” balasnya ringkas kepada Utusan Malaysia menerusi WhatsApp.

Skuad kendalian Benjamin Mora sepatutnya menghabiskan baki saingan Kumpulan G bersama Vissel Kobe, Guangzhou Evergrande dan Suwon Bluewings di Doha bermula 19 November hingga 4 Disember.

Berdasarkan undang-undang khas pertandingan AFC ketika pand3mik C0vid-19, kegagalan pasukan pergi ke venue perlawanan susulan larangan keluar negara akibat virvs tersebut menyaksikan pasukan itu dianggap menarik diri.

Situasi sama pernah men!mpa kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Wahda apabila dianggap menarik diri selepas gagal tiba ke Doha untuk baki aksi Kumpulan A, September lalu.

Bagaimanapun jika bersandarkan kepada kes Al-Wahda yang dilihat berdepan situasi sama dengan JDT di mana mereka tidak boleh ke venue perlawanan, JDT mungkin terlepas hukvman.

Ini kerana Jawatankuasa Sub Covid-19 AFC memutuskan kegagalan Al-Wahda tiba di venue perlawanan susulan larangan untuk ke luar negara dianggap force majeure (situasi luar jangka) selaras perenggan 6.4 dan 71 Peraturan Pertandingan AFC.

Perenggan 6.4 menyaksikan sebarang hukuman yang sepatutnya dikenakan ke atas pasukan yang menarik diri selepas pertandingan bermula tidak boleh dikenakan sekiranya berlaku force majeure yang disahkan oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC.