JDT dinobat Terpantas Di Dunia

Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan saja membuktikan mereka hebat di atas padang namun turut cemerlang apabila mempunyai peningkatan terpantas pengikut Instagram di dunia.

Menurut Transfermarkt, JDT antara 10 kelab yang memperoleh peningkatan terpantas pengikut di Instagram di dunia pada musim 2020.

Kelab yang berpangkalan di selatan tanah air itu mempunyai 1.1 juta pengikut dengan peningkatan 42 peratus berbanding 2019.

Peningkatan jumlah pengikut itu menyaksikan JDT berada di kedudukan kelima yang mencatatkan peningkatan pengikut Instagram paling cepat.

Selain itu, empat kelab lain yang berada di kedudukan teratas mencatatkan peningkatan pengikut Instagram adalah Simba SC(Tanzania), Transfermarkt, Leverkusen (Jerman) dan Inter Milan (Itali).

Mengikut rekod, JDT pernah dinobatkan sebagai Kelab Terbaik Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Sepanjang Dekad selepas menewaskan empat lagi bekas juara lain.

Pasukan itu berjaya mengetepikan empat pasukan lain yang turut dicalonkan iaitu kelab dari Kuwait iaitu Kuwait SC, Qadsia SC, Al Ahed dari Lubnan dan Kelab Air Force dari Iraq.

JDT berjaya mendapat undian 80 peratus manakala Kelab Air Forc3 (12 peratus), Qadsia FC (6 peratus), Kuwait FC (2 peratus) dan Al Ahed satu peratus.

Undian terbabit yang dilaksanakan menerusi atas talian khusus kepada peminat bola sepak mengundi pasukan pilihan masing-masing dan JDT, pasukan yang menjuarai edisi 2015 sekali gus menyaksikan penampilan pertama cukup mengagumkan dalam pertandingan, satu-satunya pasukan dari Asia Timur yang dicalonkan untuk anugerah itu.