JDT Dapat Kebenaran Khas

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan memberi kebenaran khas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa masuk ahli keluarga pemain berskala kecil ketika aksi Liga Super men3ntang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan kemasukan ahli keluarga pemain itu berjumlah tidak melebihi 100 orang.

Katanya, kebenaran itu diberikan selepas JDT membuat permohonan rasmi kepada MFL untuk membawa masuk ahli keluarga pemain berskala kecil bersempena penyerahan trofi Liga Super.

Oleh kerana perlawanan ini adalah perlawanan yang menentukan juara Liga Super dan akan diadakan penyerahan piala liga, pihak JDT ada membuat permohonan rasmi dengan MFL untuk membawa sejumlah ahli keluarga pemain untuk memasuki stadium.

Hasil perbincangan bersama, setelah melihat struktur venue dan sambutan kejuaraan, MFL bersetuju untuk membenarkan bilangan ahli keluarga pemain berskala kecil dibawa masuk dengan mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan seperti pemeriksaan suhu badan di pintu masuk dan penjarakan fizikal di dalam stadium, katanya.

Gambar dan video memaparkan sebilangan kecil individu berada di ruangan tempat duduk penonton di stadium berkenaan tersebar sejak malam tadi dan mendapat k3caman hebat di media sosial.

Kebanyakan pengguna media sosial mempertikai kenapa ada penonton dibenarkan masuk ke stadium sedangkan sebelum ini MFL cukup tegas bahawa saingan Liga Malaysia (Liga M) perlu dimainkan tanpa penonton kerana pand3mik COV!D-19.

Malah, ada yang menganggap keputusan yang dibuat MFL sebagai kurang bijak kerana ia akan mencetuskan tanggapan n3gatif bahawa badan pentadbir Liga M itu membuat tindakan double standard selain boleh menimbulkan rasa kurang senang pasukan lain.

Dalam perkembangan sama, Ab Ghani menjelaskan kelulusan khas itu diberikan selepas melihat segala aspek pematuhan SOP khusus untuk kumpulan ahli keluarga pemain JDT ini dipatuhi sepenuhnya.

Saya menyangkal di mana terdapat satu gambar tular yang menunjukkan peminat masuk ke stadium beramai-ramai dan itu adalah perkara tidak benar.

Ini kerana tidak ada mana-mana peminat masuk dan hanya ahli keluarga pemain JDT berskala kecil sahaja berada dalam stadium selain pegawai-pegawai yang bertugas dalam stadium, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *