JDT Belum Puas

JOHOR BAHRU: Selepas misi menjuarai Liga Super buat tujuh musim berturut-turut tercapai, pembvruan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini terarah kepada usaha mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia.

Keinginan itu diluahkan pengendali skuad JDT, Benjamin Mora yang mahu meneruskan momentum kejayaan pasukan itu dalam saingan domestik sebaik tirai sebaik saingan liga berakhir.

Kami akan teruskan usaha untuk memburu apa jua kejuaraan pada musim ini dan salah satunya adalah mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia. Sudah pasti kami akan beri yang terbaik pada saingan itu.

Walaupun saya akui bakal berdepan tugas rumit, namun dalam saingan kompetitif kita harus sentiasa bersedia untuk menggalas tugas dan tanggungjawab untuk membawa kejayaan buat JDT, katanya selepas perlawanan men3ntang Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.

Mengulas kejayaan JDT merangkul kejuaraan liga untuk tujuh musim berturut-turut, Mora mengakui setiap pemain beremosi ketika menjulang piala berkenaan tanpa kehadiran penyokong yang menjadi pemb@kar s3mangat buat barisan pemain.

Katanya, penyokong adalah nadi utama kejayaan sesebuah pasukan kerana penyokong akan sentiasa berada bersama pasukan berbanding pemain dan jurulatih bersilih ganti.

Apapun Mora tidak menafikan aksi menentang skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto tampak sukar selepas pasukan itu mengamalkan corak permainan bertahan yang menyukarkan barisan pemain JDT mencipta jaringan.

Kami kerap melakukan s3rangan pantas tapi pemain lawan bertindak dengan cara bertahan malah pemain juga sukar men3mbusi benteng pert@hanan lawan. Akibatnya, pemain saya tampak kec3wa sepanjang 30 minit babak pertama.

Selepas jaringan Diogo (Luis Santo), barulah kami mula menguasai perlawanan dan corak pemainan yang lebih agr3sif di babak kedua. Hasilnya kami menang dan tiga mata yang amat penting itu milik JDT untuk rangkul kejuaraan liga, kata Mora.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *