Jaringan Luqman Bersama Skuad Utama Paling Manis

KUALA LUMPUR: Mel3dak gol bersama skuad utama KV Kortrijk ketika aksi persahabatan menjadi antara detik paling manis buat striker muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama kelab Belgium itu.

Jaringan itu dihasilkan Luqman atau yang kini lebih dikenali sebagai Luqie di Belgium ketika pasukannya men3ntang BX Brussel, pada September lalu.

Malah, detik itu juga akan diselitkan dalam dokumentari khas Luqman yang akan disiarkan kelab berkenaan, esok.

Menerusi video ringkas pada akaun Facebook rasmi kelab, hari ini, Luqman mengakui sangat gembira apabila berjaya menemui sentuhan jaringan bersama skuad utama KV Kortrijk.

Saya menjaringkan gol di Eropah. Saya jaringkan gol untuk pasukan Eropah, Kortrijk, pasukan utama.

Walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, ia bagus kerana saya bermain di Eropah dan sudah pasti saya sangat gembira, kata Luqman.

Video yang berdurasi 47 saat itu turut mendapat perhatian daripada peminat dari Malaysia yang kebanyakannya memberikan kata-kata semangat buat Luqman.

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama membuat penampilan dalam liga utama Belgium, Jupiler Pro League pada 23 Oktober lalu.

Dia yang berusia 18 tahun dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-74 menggantikan Petar Golubovic ketika KV Kortrijk tewas 3-1 di tangan Anderlecht.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *