Jangan Koyak Pawi

Striker kebangsaan, Safawi Rasid diharapkan tidak koyak dan terus bersemangat meskipun sekali lagi kempunan untuk beraksi dalam skuad utama kelab Portugal, Portimonense SC.

Disenaraikan buat kali ketiga bagi aksi Primeira Liga menentang Nacional di laman sendiri di Stadium Portimão, Portugal, kelmarin, pemain berusia 23 tahun sekali lagi sekadar menyaksikan pasukan itu meraih kemenangan 1-0 daripada bangku simpanan.

Sebelum ini, dia turut diperam pada perlawanan men3ntang Porto dan pusingan ketiga Taca de Portugal (Piala FA Portugal) men3ntang Leiria walaupun disenaraikan dalam skuad pada hari perlawanan.

Setakat ini, dia yang dipinjamkan selama semusim dari Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah terlepas enam perlawanan Portimonense merangkumi lima aksi liga dan satu perlawanan Taca de Portugal selepas tiba di negara itu pada awal Oktober lalu.

Mengulas mengenai situasi itu, legenda bola sepak Johor, Rizal Sukiman mahu striker skuad JDT  itu terus kental dan sentiasa berfikiran positif dengan dia optimis rezeki buat dirinya akan tiba juga pada satu hari nanti.

Kalau dilihat sebenarnya Safawi berjaya meraih kepercayaan jurulatih kerana dapat disenaraikan dalam skuad pada hari perlawanan. Ini bermakna prestasi Safawi begitu konsisten pada sesi latihan dan jurulatih pun yakin pada kemampuannya.

Cuma apa yang kurang ketika ini adalah peluang untuk dia beraksi sebagai kesebelasan utama atau pun masuk sebagai pemain gantian. Mungkin ketika ini, pesaing Safawi berada dalam prestasi yang lebih baik berbanding dirinya.

Namun siapa tahu kalau kalau pilihan utama atau pesaingnya itu nanti mengalami kec3deraan atau tidak dapat bermain kerana penggantvngan, mungkin ketika itulah Safawi akan mendapat peluang yang diidamkan olehnya.

Oleh itu, Safawi jangan berputus asa dan putus semangat Teruskan bekerja keras dan tunjukkan yang kamu juga layak untuk diberi peluang. Saya yakin peluang itu akan datang juga nanti, katanya.