Ini Semua Disebabkan Oleh Dollah Salleh

S.Kumaahran mungkin tidak mengharungi musim 2020 yang cemerlang, gagal membantu Pahang untuk mengecap kedudukan yang baik dalam Liga Super tetapi yang pasti dia mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2020 dengan satu perubahan besar dalam karier bolasepaknya.

Pemain yang bermain di posisi striker sayap itu diubah posisinya kepada pemain bek kanan, dan dia tidak mengecew@kan – terima kasih Dollah Salleh!

Ia bermula dengan pemergian pemain bek kanan yang juga kapten pasukan Matthew Davies ke Johor Darul Takzim  yang diakui sebagai kehilangan besar buat Pahang, namun dalam tak sedar ia membawa rahmat buat S.Kumaahran.

Ketika Pahang dijangka bergelut mencari pengganti Davies, Dollah Salleh pantas menjumpai jalan penyelesaian, bukan merekrut pemain baru sebaliknya menukar posisi Kumaahran dari striker sayap ke bek kanan dan ia nyata langkah berani yang membawa !mpak p0sitif.

Ia bukan suatu yang mudah buat Kumaahran yang tidak pernah sekalipun bermain di p0sisi bek kanan sepanjang kariernya, namun dia memilih tidak memberi alasan dan menyahut cabaran demi mencuba sesuatu yang baru.

Coach Dollah bertanya jika saya boleh bermain di p0sisi bek kanan, saya beritahu tidak pernah bermain di p0sisi itu tetapi boleh cuba ketika latihan atau perlawnan ujian. Memang pada awalnya agak tidak selesa tetapi saya belajar untuk perbaiki larian overlapping saya dan juga kualiti hantaran.Saya telah bermain sebagai bek kanan dalam kesemua empat aksi pertama yang diharungi, mencipta satu assist, jadi saya tidak melihatnya sebagai satu masalah besar.

Saya hanya mahu menjadi pemain yang lebih baik dan bermain di posisi baru membantu saya untuk terus meningkatkan prestasi. Saya anggap ini sebagai satu cabaran dan harapnya dapat terus cemerlang dalam peranan baru ini, kata Kumaahran.

Kumaahran pada hakikatnya menjadi pemain penting dalam skuad Dollah Salleh musim ini, dia bermain dalam 11 daripada 12 perlawnan – hanya terlepas aksi men3ntang Johor Darul Takzim itupun kerana syarat dalam kontrak pinjaman.

Selepas bermain lima perlawnan sebagai bek kanan, Kumaahran kemudiannya bertindak sebagai pemain sayap dan pada perlawnan terakhir Liga Super men3ntang Terengganu, dia diberi peranan sebagai striker tunggal.

Sebagai rekod, pemain berusia 24 tahun berasal dari Pulau Pinang ini menyertai Pahang secara pinjaman dari JDT II bersama-sama Fazly Mazlan, dan telah kembali ke JDT II setelah kontrak pinjamannya tamat.

Kumaahran merupakan bekas pemain H@rimau Muda dan menyertai Pulau Pinang setelah pasukan remaja negara itu dibubarkan. Dia kekal membarisi skuad B-23 kebangsaan selepas itu namun beberapa siri kecedraan membataskan penampilannya.

sumber:labolamalaya

Dia juga pernah menyarung jersi senior skuad Malaysia seawal usia 19 tahun pada 2015, dan jurulatih yang menghadiahkannya kap sulung adalah Dollah Salleh sendiri.Coach Dollah percaya kepada kebolehan saya. Beliau beri saya peluang wakili negara pada usia muda dan ia menjadi batu loncatan buat saya untuk terus melangkah.

Saya gembira telah dapat sekali lagi berada di bawah bimbingannya, ujar pemain yang memenangi Piala Cabaran bersama JDT II pada 2019 ini.