Ifedayo kini penjaring terbanyak

Penjaring terbanyak Selangor FC, Ifedayo Olusegun muncul wira apabila dua jaringannya pada penghujung aksi berjaya menewaskan Petaling Jaya City 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Dua gol Ifedayo itu turut meletakkan dia kini mendahului senarai penjaring terbanyak liga dengan 11 gol setakat ini.

Malah, gol itu pastinya mengecewakan PJ City yang hampir menggenggam tiga mata selepas mendahului sejak awal babak pertama, sebelum kebangkitan luar biasa dipamerkan Red G!ant di hujung permainan.

PJ City yang dibimbing bekas jurulatih Selangor, P Maniam berjaya menemui jaring pelawat menerusi jaringan Ruventhiran pada minit ke-25.

Gol itu nyata mengejutkan kem Selangor yang kemudian bangkit memperkemaskan aksi dengan melancarkan beberapa Siri s3rangan ke kubu tuan rumah, namun segala usaha itu gagal.

Bersambung babak kedua, anak didik Karsten Neitzel terus mendominasi aksi dengan PJ City dilihat mula bertahan untuk mengekalkan kelebihan satu gol itu.

Percubaan R Dinesh dan Manuel Konrad masing-masing pada minit 56 dan 61 hampir menghadiahkan jaringan buat pelawat untuk melegakan kem PJ City.

Gol penyamaan yang dicari-cari akhirnya tiba minit ke-89 apabila Ifedayo berjaya menanduk untuk mengikat kedudukan sebelum dia sekali lagi meledak gol kedua buat pasukan.