Hanya Melaka Mampu Gugat Status JDT

JDT yang telah ditabalkan sebagai juara CIMB Liga Super 2020 minggu lalu, kini diambang untuk mencatatkan satu lagi pencapaian dalam saingan domestik dengan status The Invincibles buat kali ke-2 dalam tempoh 5 tahun.

Perlawanan terakhir saingan liga esok diantara JDT bertemu pasukan Melaka akan menentukan samada mereka mampu mengecapi status tersebut atau tidak dan persoalan itu lebih terarah mampukah Melaka menjadi penghalang bagi musim ini?

Musim 2019, JDT nyaris melakukan perkara yang sama namun tewas mengejut 0-1 kepada pasukan PJ City di Larkin pada perlawanan ke-21 liga telah mer3ncatkan impian mereka pada ketika itu.

Musim ini, JDT berpeluang untuk mencipta rekod yang sama seperti yang pernah dilakukan pada 2016 apabila mereka bergelar The Invincibles selepas tidak mencatatkan sebarang kekalahan sepanjang saingan liga.

Diatas kertas, pasukan Melaka kini berada dikedudukan ke-11 liga mungkin tidak akan menghadirkan cabaran hebat untuk JDT, namun segalanya mampu diterbalikkan apabila beradu kekuatan diatas padang malam esok.

Stadium Hang Jebat menjadi saksi JDT merangkul gelaran Liga Super Malaysia buat kali keenam berturut-turut dan tahun ini ianya mungkin sekali lagi menjadi lokasi untuk JDT mencipta sejarah sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *