Hadi Fayyadh dihantar pulang

Pemain Malaysia yang kini beraksi secara pinjaman bersama Azul Claro Numazu dalam saingan J3 League, Hadi Fayyadh mengalami kec3deraan ACL mengikut maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kelab.

Maklumat dari laman web rasmi kelab serta J.League itu memberitahu bahawa Hadi Fayyadh mengalami kec3deraan ACL dilutut sebelah kanan pada 23 Mac 2021 yang lalu  ketika menjalani sesi latihan.


Menurut maklumat rasmi itu juga, Hadi Fayyadh akan menjalani pemb3dahan sebelum dihantar pulang ke Fagiano Okayama untuk meneruskan rawatan lanjut termasuk proses rehabilitation.

Dalam kenyataan Azul Claro Numazu diatas juga, tarikh pemb3dahan akan ditentukan dan maklumat lanjut berkaitan akan diumumkan selepas selesai pembedahan dilakukan.

Berita ini telah disiarkan secara rasmi melalui laman web rasmi kelab dan J.League pada 10 April 2021, dan ini memberikan gambaran bahawa kita mungkin tidak dapat menyaksikan aksi pemain harapan Malaysia di Jepun itu untuk melakukan debut dalam saingan J.League musim ini.

Sama-sama kita doakan semoga Hadi Fayyadh terus kental menghadapi dugaan kec3deraan ACL dan kembali lebih kuat selepas ini.