Gelagat TMJ sakat Mora Memang Padu

Dalam satu muat naik terbaru dari halaman rasmi JDT memaparkan gelagat TMJ menyakat Benjamin Mora supaya menandatangani kontrak baharu di JDT.

Jurulatih berumur 41 tahun ini mempunyai hubungan yang rapat dengan pemilik kelab dan TMJ juga pernah memaklumkan bahawa Benjamin Mora merupakan seorang jurulatih yang faham DNA yang mahu diterapkan pasukan.

Ini adalah bagaimana cara anda yakinkan orang Mexico untuk menandatangani….., jelas laman Facebook Johor Southern Tig3rs.

Mora yang berasal dari Mexico diberikan alunan musik Mexico yang secara tiba-tiba datang masuk ke bilik TMJ.

Benjamin Mora lantas kelihatan tersipu malu di tepi cermin. Samada beliau menandatangani kontrak berkenaan atau tidak tiada siapa tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *