Fuh padu kaki Pawi

Kemaskini terbaru kelab dari Portugal, Portimonense SC yang memperagakan gambar pemain kebangsaan, Safawi Rasid jelas mengundang kebanj!ran komen daripada penyokong di negara ini.

Menerusi laman sosial Instagramnya, kelab berpangkalan di Algarve itu memuatnaik tujuh keping gambar penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ketika sedang menjalani sesi latihan bersama pasukan berkenaan.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah mengenai susuk fizikal pemain itu khususnya pada bahagian betis dan paha pemain itu yang jelas sekali begitu berotot.

Lantas, fizikal pemain berusia 23 tahun itu terus disamakan dengan beberapa bintang terkemuka dunia yang turut memiliki betis dan paha yang berotot seperti Cristiano Ronaldo dan Adama Traore.

Seorang pelayar Internet, rizwan23999 berkata paha pawi macam Ronaldo sementara M Firdaus Ali pula mengakui kaki pemain itu sememangnya berbisa apabila meninggalkan komen fuh kaki Pawi padu.

Seorang lagi pelayar Internet, pudenakil berkata kau tengok betis Safawi macam mana. Silap silap stay sana lama jadi Adama Traore manakala marknaqib pula berkata padu paha dia, betul betul paha player football ini.

Malah, ada juga yang membandingkan fizikal dimiliki pemain itu dengan pemain lain di Portimonense SC dengan muhdfitri11 berkata gila betis lagi besar dari player depa.

Terdahulu, Safawi diperkenalkan secara rasmi oleh Portimonense SC pada Khamis lalu dan akan menyarung jersi bernombor 29.

Sumber : BH

Pemain kelahiran Dungun itu menyertai pasukan itu secara pinjaman selama namun dengan pilihan untuk membeli pemain itu secara tetap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *