FAM Tidak Terlibat

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak pernah memberi lampu hijau kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk memulakan rundingan bagi mendapatkan pemain natural!sasi negara, Mohamadou Sumareh.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan bahawa Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon ada menghubunginya bagi mendapatkan kepastian berhubung status pemain kelahiran Gambia itu yang mengambil keputusan mening@lkan Pahang selepas dikatakan tidak menerima gaji daripada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).

Benar Dr Johan ada menghubungi saya tetapi beliau sekadar bertanyakan status Sumareh dengan Pahang.

“Saya memberi keterangan kepadanya berdasarkan status kes, yang mengikut pemahaman ketika itu, Sumareh sudah membat@lkan k0ntraknya secara sebelah pihak dengan Pahang FA menggunakan klausa tertentu terkandung dalam k0ntraknya,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Stuart meneg@skan, FAM tidak mempunyai ku@sa untuk melibatkan diri dalam rundingan dengan Sumareh yang masih mempunyai k0ntrak dengan PBNP.

Semalam, media tempatan melap0rkan bahawa Johan mend@kwa FAS telah diberi lampu hijau oleh FAM untuk memulakan rundingan bersama Sumareh.

Johan mendedahkan, FAS tidak melangg@r peraturan apabila cuba mendapatkan khidmat pemain kelahiran Gambia itu.

Pada masa sama, pemilik kelab Johor Darul Tazim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan k0ntrak perjanjian yang ditawarkan FAS kepada Sumareh untuk menyertai skuad Gerg@si Merah bagi musim depan dengan gaji lumayan.

Sumareh sah melengkapkan perpindahan mengejvt ke kelab Liga Thailand, P0lice Tero FC pada 7 September lepas setelah dilap0rkan tidak menjalani sesi latihan bersama skuad Tok Gaj@h hampir sebulan sejak awal Ogos lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *