FAM Sendiri Tak Berani Jamin

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak memberi jaminan isu tunggakan gaji yang sudah sekian lama membelenggu kancah Liga Malaysia (Liga M) tidak akan berlaku lagi selepas semua pasukan diswastakan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan masalah itu hanya boleh diselesaikan sekiranya semua pasukan dapat membentuk pengurusan kewangan pada tahap terbaik.

FAM tak boleh (bagi jaminan), kalau FAM yang kendalikan pasukan dan bayar gaji, mungkin boleh (beri jaminan). Tapi ini proses profesional yang kami bekerja dengan pasukan.

FAM sebagai badan induk tidak boleh jawab atau bagi apa saja jaminan, tapi adalah tugas kami untuk bekerjasama dengan pasukan bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan.

Isu tunggakan gaji bukan isu semasa, ia berlarutan sudah lama dan lebih kepada pengendalian pengurusan kewangan dan pengurusan tempatan.

Kami rasa daripada program dan kursus yang diadakan dapat memperkasakan semua pasukan untuk perkara ini tidak berlaku lagi, katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Semalam, FAM mengesahkan 13 pasukan lulus lesen kelab untuk beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana tahun depan, manakala tujuh lagi pasukan diberikan lesen bersyarat.

Lesen bersyarat itu diberikan kerana tujuh pasukan terbabit masih gagal melengkapkan dokumen membabitkan isu tunggakan termasuk dengan agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Kes3lamatan Sosial (PERKESO).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *