FAM Sahkan Sudah Terima

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan berhati-hati berhubung p3rang yang terc3tus antara Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dengan bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menjelaskan pihaknya tidak akan memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu kerana tidak mahu meng3ruhkan lagi keadaan dan menunggu keputusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa FIFA) terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Stuart mengesahkan badan induk itu sudah menerima surat keputusan daripada PBNP mengenai hukvman penggantvngan dua tahun yang dikenakan ke atas pemain naturalisasi pertama negara itu.

Seperti yang ditegaskan oleh FAM sebelum ini, pertikaian di antara PBNP dan Sumareh kini dalam siasatan FIFA dan lantaran itu, FAM perlu menghormati proses perundangan badan induk dunia terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.

Justeru, untuk tidak mengervhkan lagi keadaan, FAM tidak akan memberi sebarang ulasan berhubung perkara ini sehingga FIFA membuat keputusan di peringkat Majlis Penyelesaian Pertikaian (DRC) FIFA, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Jawatankuasa Tatatertib PBNP mengenakan penggantvngan dua tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak kepada pemain kebangsaan itu selepas didapati bersalah mel@nggar terma kontrak dengan mereka.

Pada sesi pendengaran perbicaraan kes Sumareh yang dipengerusikan Rizal Chek Hashim, sebanyak empat pertudvhan dikenakan terhadap Sumareh dengan dia didapati bersalah atas kesemua pertuduhan namun semua hukvman dijalankan serentak.

Sebagai rekod, empat pertvduhan yang dikenakan ke atas Sumareh antaranya termasuk mel@nggar artikel 4.11 kontrak pemain dan artikel 10.05 perlembagaan PBNP 2004 iaitu membuat kenyataan akhbar tanpa mendapat kebenaran PBNP.

Pertuduhan lain menyaksikan Sumareh didapati bersalah melanggar artikel 6.6 kontrak pemain di mana merujuk perkara itu terus kepada FIFA (Disppute Resolution Chamber) tanpa terlebih dahulu kepada National Dispute Resolution Chamber FAM (NDRC).

Pemain Malaysia itu juga didapati bersalah melanggar artikel 5.1 kontrak pemain di mana dia gagal menghadirkan diri ke sesi latihan bersama skuad Pahang bermula 3 Ogos hingga 28 Ogos selain kesalahan gagal menghadirkan diri pada aksi Liga Super antara Pahang bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Kuantan pada 28 Ogos lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *