Dokumentari Khas Dedah Kejayaan JDT

KUALA LUMPUR: Rahsia kejayaan Johor Darul Tazim (JDT) muncul sebagai kuasa besar bola sepak yang mendominasi saingan domestik bakal disingkap menerusi siri dokumentari lima bahagian bertajuk ‘FEARLESS : Rise of the Johor Southern T!gers.’

Dokumentari itu memaparkan kisah lebih dekat di belakang tabir dan membawa penonton kepada perjalanan epik yang menyaksikan kejayaan diraih JDT dan menumpukan kepada kisah-kisah penting mengenai kelab yang antara paling dikagumi di rantau ini.

Siri dokumentari amat dinantikan itu, bakal memaparkan kisah mengenai penghasilan infrastruktur kelas dunia dimiliki oleh skuad Harim@u Selatan selain pencapaian serta kejayaan mereka dalam membantu membentuk komuniti, masyarakat, negeri dan negara.

Dalam satu kenyataan, pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata dokumentari itu mendedahkan perjalanan bagaimana pasukan itu berjaya menjadi gerg@si bola sepak tempatan dan sebagai empayar bola sepak.

Sesetengah pihak memandang rendah impian kami tetapi dalam siri eksklusif di sebalik tabir ini menunjukkan projek bola sepak di Johor – Johor Darul Tazim FC – tentang bagaimana ia terbentuk dan menjadi kuasa besar yang perlu diberi perhatian.

“FEARLESS menampilkan rakaman yang belum pernah dilihat mengenai bagaimana Harim@u Selatan menjadi sebuah empayar, perjuangan yang ditempuhi juga kejayaan, serta bagaimana kelab ini diuruskan di belakang tatapan umum dan iltizam kami yang ingin mencapai kejayaan, sama ada di dalam mahupun luar padang,” titah baginda.

Dirakamkan ketika musim 2019/20, ‘FEARLESS: Rise of the Johor Southern T!gers’ memaparkan bagaimana kelab yang mempunyai cita-cita besar ini membina legasi, politik dalam dunia bola sepak serta cab@ran dihadapi pemain-pemain sama ada dalam atau luar padang menerusi perspektif daripada beberapa personaliti dalam pasukan JDT di samping kumpulan penyokong hebat iaitu ‘Boys of Straits’.

FEARLESS: Rise of the Johor Southern T!gers diarahkan bersama oleh Leon Tan dan Tony Peitra Arjuna serta diterbitkan oleh Supernova Media yang berpangkalan di ibu negara serta menampilkan lima episod berdurasi selama 22 minit dengan penceritaan dan sari kata dalam Bahasa Inggeris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *