Davies bertuah Tapi Terkilan

JOHOR BAHRU: Bek kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies menganggap dirinya bertuah apabila berjaya membantu skuad bergelar Har!mau Selatan menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut pada musim pertama.

Pun begitu, beliau enggan mendabik dada sebaliknya menegaskan kejayaan berpasukan yang sudah ada dalam skuad itu memainkan peranan penting bagi merealisasikan sasaran merangkul kejuaraan liga domestik.

Bekas pemain Pahang itu bagaimanapun agak terk!lan apabila terlepas lima perlawanan liga akibat mengalami kec3deraan ketika men3ntang FELDA United, 14 Mac lalu sebelum saingan liga ditangguhkan akibat pand3mik C0VID-19.

Ini adalah aksi pertama selepas saya berehat agak panjang akibat kec3deran. Pujian harus diberikan kepada barisan pemain JDT yang beraksi konsisten sepanjang ketiadaan saya dalam skuad.

Ia satu penghormatan kepada saya apabila berada dalam pasukan JDT yang merupakan juara liga buat kali ketujuh berturut-turut. Realitinya amat sukar mengecapi kejayaan tanpa dorongan kuat daripada Tunku Ismail (Sultan Ibrahim) yang begitu ambil berat terhadap setiap pemain, katanya.

Ditanya sama ada keputusan menyertai skuad Har!mau Selatan memberi b3banan kepadanya memandangkan pasukan itu meletakkan sasaran tinggi dalam kancah bola sepak Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini, beliau berkata: B3banan tetap ada namun tidak begitu ketara.

Apa yang perlu dilakukan adalah memberi sepenuh komitmen terhadap skuad Har!mau Selatan yang mempunyai falsafah bola sepak tersusun dan sistematik.

Sebagai pemain profesional, saya harus sahut cabaran itu dan terbukti setiap pemain mahukan kemenangan pada aksi terakhir di laman sendiri dan kami kotakan janji itu, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *