Datuk Seri Dr. Zulkifli titip doa buat Safawi

Situasi terkini bintang Liverpool, Mohamed Salah yang dijangk!ti C0vid-19 mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri.

Dalam status di media sosial hari ini, Zulkilfi yang dikenali sebagai penyokong Reds terkejut dengan apa yang men!mpa bintang Mesir itu dan mendoakan dia segera s3mbuh.

Beliau turut mendoakan kesejahteraan skuad Malaysia, selain bintang bola sepak negara, Safawi Rasid yang kini berada di Portugal menyarung jersi kelab Portimonense.

Menjadi kelaziman hujung minggu jika ada masa lapang, saya menonton Astro Arena. Agak terkejut bila tahu Mohamed Salah p0sitif C0vid-19. Saya doakan beliau segera s3mbuh.

Harapan saya juga agar skuad Malaysia turut dipelihara daripada sebarang musibah, kekal sihat seperti seadanya, tulis Zulkifli.

Dalam hantaran sama, beliau menitipkan doa dan bertanya khabar Safawi.

Safawi Rasid di sana sihat? Jaga k3sihatan dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah. Moga dis3lamatkan dan dipelihara dari sebarang musibah, katanya.

Beliau turut meninggalkan doa yang boleh diamalkan umat Islam dalam menghadapi pand3mik C0vid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *