Boleh bertukar serta-merta kalau JDT ambil mudah

Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Radzak menganggap Kuching FA mampu menjadi dvri dalam dag!ng jika mereka memandang rendah keupayaan wakil Liga Perdana itu.

Di atas kertas, skuad JDT menjadi pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir apabila berdepan Kuching pada aksi pusingan pertama Piala Malaysia, malam ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Bagaimanapun, Aidil mengakui pertemuan sulung antara mereka menyukarkan JDT untuk membaca corak permainan skuad kendalian Akira Higashiyama itu.

Undian sudah pun dibuat dan kalau kita tengok pencapaian di atas kertas, memang nampak laluan mudah untuk JDT tetapi dalam bola sepak, kami tidak boleh pandang rendah kepada mana-mana pasukan sekarang.

Bagi saya, semua pasukan ada kekuatan masing-masing dan saya rasa ia juga mencabar untuk JDT kerana kami tidak tahu apa kelemahan dan kekuatan pasukan Kuching sebab kita tidak pernah bertemu dalam saingan liga, katanya kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), semalam.

Tonggak Malaysia itu juga menyifatkan Kuching pastinya mempunyai kekuatan tersendiri yang mungkin tidak dijangka dan dia tidak merasakan JDT berada di laluan mudah kerana sebagai pemain, mereka tidak pernah memandang rendah terhadap keupayaan lawan.

Dalam pada itu, perlawanan antara Pulau Pinang dan Felda United di Stadium Bandaraya dijangka menarik dengan peluang dilihat seimbang buat kedua-dua pasukan untuk mara ke suku akhir.

Apa yang berlaku kepada Felda, bagi saya itu adalah masalah di peringkat pengurusan dan tiada kena mengena dengan prestasi pemain mereka di atas padang.

Pemain-pemain Felda sudah pasti mahu membuktikan sesuatu serta mahu jadikan platform Piala Malaysia ini sebagai medan terakhir memperagakan bakat mereka dalam mencari pasukan baharu musim depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *