Bintang Dunia Ucap Tahniah kepada TMJ

Pemain tengah Juventus, Arthur Melo mengucapkan tahniah kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sempena ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim.

Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab menerusi satu video di laman media sosial rasmi pasukan pada semalam.

Ucapan tahniah dari Arthur Melo ini terhasil setelah kedua-dua kelab menjalin kerjasama bermula pada 2019 lalu dimana Juventus dan JDT saling bertukar idea mengenai kepakaran san juga ilmu mengenai bola sepak.

Delegasi JDT telah membuat lawatan ke Juventus sebanyak dua kali pada 2019 malah ketua jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora juga mendapatkan lesen pro beliau di Turin.

elain itu, SSI juga mendapat pengiktirafan apabila tersenarai bagi anugerah ‘Stadium of the Year 2020’ yang akan diberikan oleh Stadium DB.

Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium pertama di Malaysia yang dicalonkan dan merupakan antara 20 stadium di seluruh dunia yang tersenarai untuk edisi semasa.