Bekas Striker Import TFC sanggup tolak kelab luar demi Liga M

Muncul penjaring terbanyak Terengganu FC (TFC) musim ini selain berada di kedudukan ketiga senarai penjaring dalam saingan Liga Super bukan tiket buat striker import, Dominique Da Sylva untuk terus kekal menyarung jersi skuad Penyu itu musim depan.

Sebaliknya nasib pemain kelahiran Mauritania berusia 31 tahun bersama skuad Penyu menemui noktah sesudah dilepaskan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Bagaimanapun, bekas pemain kelab Sai Gon FC dalam Liga Vietnam itu akui walaupun hanya semusim menyarung jersi skuad TFC, ia meninggalkan kenangan manis dan berharga buat dirinya.

Da Sylva yang mel3dak sembilan jaringan bersama TFC musim ini menjelaskan dia sedia menimbang tawaran daripada pasukan Liga Malaysia (Liga M) biarpun sudah mendapat tawaran daripada pasukan di luar negara.

Saya sudah serasi dengan corak permainan dalam Liga M dan tidak menolak kemungkinan untuk kekal bermain di Malaysia kerana secara peribadi saya suka tinggal di negara ini, jika tidak kerana w@bak pand3mik C0vid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia, mungkin ceritanya berbeza bersama pasukan TFC.

Tapi buat masa ini saya belum membuat keputusan sama ada bakal beraksi dengan pasukan di Malaysia ataupun di tempat lain, katanya.

Sebelum ini striker tinggi lampai itu memuat naik kenyataan dalam laman sosial peribadinya beberapa hari lalu dengan nada kesedihan selain mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong Terengganu dan keluarga baharunya dalam TFC.

Tahun 2020 penuh dengan peristiwa yang saya tidak jangkakan dalam hidup, begitu juga dengan pengakhiran yang indah saya dengan pasukan TFC.

Dengan penuh kesedihan, saya ucapkan selamat tinggal kepada keluarga baharu TFC dan juga para penyokong Terengganu yang sangat hebat, saya pernah bermain di beberapa negara lain seperti Mesir, namun di Terengganu para penyokongnya begitu hebat, saya begitu bangga walaupun sekarang w@bak pand3mik C0vid-19 membataskan kehadiran mereka ke stadium

Buat jurulatih Nafuzi Zain dan ketua saya, Joe, tanpa mereka tidak mungkin saya dapat pengalaman bermain di Malaysia dan nombor 3 adalah nombor bertuah saya kerana pasukan mengakhiri liga di tempat ketiga terbaik, pasukan ini juga antara tiga skuad terbaik yang pernah saya beraksi dan juga berada di kedudukan ketiga terbaik senarai penjaring gol dalam Liga M, katanya menerusi kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *