Apa jadi dengan De Paula

Striker utama Perak FC, Guilherme De Paula dituntut mempamerkan persembahan yang lebih efektif dalam membantu Bos Gaurus mencipta keputusan positif.

Ia susulan persembahan pemain naturalisasi negara itu dilihat kurang menjadi ketika pasukannya tewas 0-1 di tangan Melaka United di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Perkara itu turut diakui penolong jurulatih Perak, Shahril Nizam Khalil yang meminta De Paula untuk bangkit pada aksi men3ntang Sabah, Ahad ini.

Sebagai pemain saya rasa dia perlu lebih efektif dari segi menyerang dan mendapat peluang menjaringkan gol. Saya harap De Paula akan bangkit untuk perlawanan seterusnya men3ntang Sabah.

“Saya tak pasti adakah dia diganggv oleh elemen dari luar, setakat ini dalam latihan saya rasa tiada masalah untuk pasukan Perak,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Jaringan tunggal Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-61 sudah cukup untuk menolak Perak ke kedudukan ke-10, manakala Melaka United naik ke tangga kelapan.

Sementara itu, jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan memuji disiplin tinggi yang dipamerkan pasukannya hingga berjaya mencuri tiga mata di Ipoh.

Tahniah kepada pemain Melaka dan terima kasih kerana mata yang amat diperlukan. Tiga mata penting dan saya tahu bukan senang beraksi di Ipoh men3ntang Perak. Mereka menunjukkan disiplin yang sangat tinggi hingga wisel penamat.

“Paling penting bagi saya adalah menjalankan tugas. Selagi saya menjadi jurulatih dan saya nampak memang tiga mata ini diusaha setiap pemain,” kata Zainal yang diberi kata dua oleh pengurusan pasukan sebelum ini.