Anwar Ibrahim Antara Yang Digugurkan

Beberapa hari lepas, Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner mengesahkan terdapat 5 pemain telah digvgurkan daripada skuad g3rgasi merah untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

5 pemain ini telah ditandatangani ketika dibawah kendalian B. Satiananthan dan menurut laporan daripada New Straits Times, mereka juga tidak dibenarkan menjalani latihan bersama pasukan itu.

Difahamkan, kontrak mereka sudah pun ditamatkan dan mereka akan dibayar pampasan baki kontrak yang akan berakhir pada bulan depan. Ia juga bermaksud mereka tidak akan terlibat dalam saingan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, mereka dibenarkan menggunakan fasiliti di Pusat Latihan FAS untuk mengekalkan tahap kecergasan sebelum menyertai pasukan baharu.

Pemain tersebut ialah Nick Swirad, Farizal Harun, Khyril Muhymeen Zambri, serta dua bekas pemain skuad bawah 23 tahun negara iaitu Anwar Ibrahim dan Zahril Azri Zabri.

Namun begitu, Feichtenbeiner enggan menyatakan sebab sebenar dua pemain muda itu disingkirkan dan beliau kini memberi fokus untuk mempersiapkan pasukan menghadapi saingan Piala Malaysia bulan depan.

Saya tidak akan komen mengenai ini kerana saya mahu fokus pada barisan pemain yang sedia ada dan juga Piala Malaysia.

Kami juga mempunyai pemain daripada pasukan ‘feeder’ yang akan menyertai skuad Liga Super, kata Michael Feichtenbeiner yang kini merupakan ketua jurulatih sementara.

FAS juga menafikan sebarang khabar angin mengenai isu dalaman yang menyebabkan dua pemain muda tersebut digugurkan kerana mereka dibawa masuk oleh jurulatih terdahulu, B. Satiananthan.

Segala isu perpindahan di dunia ini adalah s3nstitif. Kami tidak mahu komen mengenai mana-mana pemain tetapi ini juga sebahagian daripada bisnes, tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *