Aksi Liridon pikat penyokong Newcastle Jets

Semalam, pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi membuat penampilan sulung dalam saingan A-League bersama kelab Newcastle Jets FC ketika bertemu Sydney FC di Stadium Netstrata Jubilee.

Pemain yang beraksi secara pinjaman dari kelab JDT itu tampil pada minit ke 84 untuk menggantikan tempat Thurgate di posisi tengah selepas Newcastle Jets ketinggalan 1-2 dalam perlawanan itu.


Walaupun keputusan perlawanan tidak berpihak kepada Newcastle Jets, namun penampilan pertama Liridon Krasniqi itu mencuri tumpuan dan mendapat pujian mengunung daripada para penyokong setia pasukan itu.

Rata-rata komen di laman facebook rasmi kelab tersebut mahu bekas pemain Kedah itu diberikan lebih banyak minit permainan kerana mereka menyifatkan aksi Liridon cukup menyakinkan dan berjaya mencorakkan pergerakan pasukan.

Malah, mereka juga berharap dapat melihat Liridon berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan men3ntang Adelaide United pada minggu depan bagi mengutip 3 mata penuh sekaligus memperbaiki kedudukan liga.

Bagi dia 2 minggu lagi sesi latihan dan lebih banyak minit permainan dan mungkin keluarkan Stevie? Thurgate akan bermain bertahan dan Liri (Liridon) boleh bantu buat gerakan.

“Gandingan dia dan Prso sangat menarik untuk disaksikan. Naj juga kalau dia kembali cergas,” kata Stephan Pordage, penyokong setia Newcastle Jets.

Walaupun Liridon hanya sempat beraksi selama 10 minit tetapi peluang itu telah menambahkan keyakinannya untuk beraksi lebih baik pada perlawanan yang seterusnya sekaligus dipanggil menyertai skuad Malaysiauntuk kempen kelayakan Piala Dunia 2022.

Newcastle Jets kini menghuni tangga 11 daripada 12 pasukan yang bertanding dalam saingan A-League musim 2021 selepas 11 perlawanan berlangsung.