Aksi Kedua Luqman Hakim

Selepas membuat penampilan bersejarah dalam liga utama Eropah bulan lalu, striker remaja s3nsasi, Luqman Hakim Shamsudin bersedia diturun­kan sekali lagi esok (3.45 pagi Isnin waktu Malaysia) apabila KV Kortrijk men3ntang Oos­tende dalam Liga Pro Belgium.

Pemain berusia 18 tahun itu sudah kembali menjalani latihan bersama skuad utama Kortrijk kelmarin selepas di­sisihkan tiga minggu akibat kec3deraan hamstr!ng.

Pengurus pasukan, Yves Vanderhaeghe berkata, kepulangan Luqman yang mesra disapa Luqie adalah berita baik buat kelab yang turun dengan misi membvru kemenangan di laman sendiri.

Luqman yang beraksi pada 16 minit terakhir permainan ketika Kortrijk tewas 1-3 kepada juara Belgium 34 kali, Anderlecht bulan lalu mengalami kec3deraan pada menjalani sesi latihan.

Minggu lalu kami hilang enam pemain utama ketika men3ntang Club Brugge (kalah 1-0) akibat kec3deraan dan C0vid-19.

Bagaimanapun tiga pemain sudah kembali.

Luqman Hakim dan Christophe Lepoint telah menyertai latihan pasukan utama. (Faiz) Selemani juga sudah pulih daripada keced3raan namun situasi mereka masih perlu dipantau sebelum disahkan boleh beraksi atau tidak, kata Vanderhaeghe dalam kenya­taan di laman web rasmi kelab semalam.

Biarpun membuat penam­pilan singkat dalam pertemuan men3ntang Anderlecht 24 Oktober lalu, namun gerakan Luqman membuka kepada gol tunggal Kortrijk yang disempurnakan Ilombe Mboyo menerusi sepakan penalti.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia minggu lalu, Luqman berkata, dia bukan sahaja sudah pulih dan kembali cergas, malah fizikalnya lebih baik serta sado selepas banyak menjalani latihan di gimnasium.