Air mata Safawi di tenangkan TMJ

Pemilik Johor Darul Ta,zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta penyokong bola sepak negara tidak terlalu risau dengan kec3deraan yang dialami Safawi Rasid ketika skuad JDT memb3lasah UiTM 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam, malam tadi.

Jelas beliau, mendedahkan kec3deraan yang dialami Safawi hingga dikeluarkan seawal minit kelapan yang menyaksikan bintang JDT itu menitis air mata menahan kesak!tan bukanlah kec3deraan  (ACL).

Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut memberi jaminan pemain sayap yang berguru di Portugal itu sebelum ini akan kembali beraksi bersama pasukan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

Jangan risau, Alhamdullilah bukan ACL. Kita hanya bermain di ACL (Liga Juara-Juara Asia), itu sahaja.

“Terima kasih, dua atau tiga minggu lagi…Insya-Allah ok,” balas ringkas daripada Tunku Ismail dalam media sosial.

Dalam perlawanan yang dikuasai skuad JDT di Stadium UiTM, Safawi mendapat kec3deraan ketika cuba melepasi pemain tengah tuan rumah, Mohamad Syafiq Al-Hafiz Dawawi pada minit kelapan.

Keced3raan tersebut membuatkan pemain terbaik negara ketika ini tidak dapat meneruskan permainannya.

Kemenangan itu menyaksikan JDT terus mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super dengan mengutip sembilan mata dalam tiga perlawanan dan memberi isyarat awal mereka mahu mempertahankan kejuaraan bukan kali kelapan berturut-turut.