Sukan

Kami tidak ambil mudah aksi final

Kejayaan menundukkan Selangor menyaksikan Terengganu dilabel pilihan untuk bergelar juara Sukan Malaysia (Sukma) MSN.

Namun, pasukan dari Pantai Timur itu mengambil pendekatan berwaspada apabila pengendalinya, Badrul Afzan Razali, menegaskan Pulau Pinang sebagai lawan yang ampuh di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, dalam misi mereka mengulangi kejayaan 12 tahun lalu.

Ia secara tidak langsung menuntut pemainnya agar bersedia mengerah segala keringat sepanjang 90 minit permainan, malam esok.

Kami melihat Pulau Pinang sebuah pasukan yang bagus, saya letakkan sasaran peluang 50-50 dalam final. Bagi saya Terengganu bukanlah pasukan pilihan, ini adalah aksi terakhir kedua-dua pasukan jadi siapa yang kurang buat kesilapan mereka akan menang.

sumber:- SA

“Sasaran malam ini adalah emas tetapi kita tidak pandang mudah Pulau Pinang yang menewaskan Wilayah Persekutuan (separuh akhir). Kami tidak ambil mudah aksi final,” katanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan hari ini.