Sukan

Corbin Ong dedah sudah lama rancang dengan Safawi

Tonggak kacukan Malaysia-Barbados, Corbin Ong mahu terus mel3dak gol buat skuad Harimau Malaya biarpun dia beraksi di posisi pertahanan kiri negara.

Corbin, 31, muncul watak penting dalam kejayaan skuad kendalian Kim Pan-gon mara ke final Piala Raja Thai apabila dia mel3dak gol tunggal negara di minit 32, sebelum Thailand menyamakan kedudukan di masa kec3deraan babak kedua untuk mengakhiri aksi dengan 1-1.

Begitupun, kem negara ceria apabila berjaya menempah tiket ke final selepas menang penentuan penalti menerusi keputusan 5-3, dengan Corbin adalah pengambil terakhir yang menyempurnakan sepakan.

Untuk rekod, gol Corbin pada babak pertama itu adalah yang ketiga sepanjang 20 penampilannya bersama skuad Harimau Malaya sejak 2019 lalu.

Saya suka membantu dengan menjaringkan gol dan secara peribadi, tanggungjawab utama adalah untuk memberi sesuatu (kemenangan) kepada pasukan.

Itu adalah situasi bola mat! yang kami selalu lakukan dalam latihan dengan Safawi (Rasid) sama ada ketika di kelab (Johor Darul Ta’zim) mahupun dalam skuad negara di mana dia mengambilnya, dan kami berjaya terjemahkannya dalam perlawanan.

Walaupun kelab dan negara agak berbeza, tapi bila datang untuk skuad negara, saya akan mengikut arahan jurulatih dari segi taktik, dan bila ke kelab ikut pula taktik diterapkan.

“Sebagai sebagai pemain bola sepak adalah menjadi tugas saya membuat keputusan, selain mengikut arahan jurulatih, dan akhirnya dapat mel3dak gol,” katanya selepas aksi itu.

Ujarnya lagi, gol itu adalah hasil kerjasama berpasukan dan rakan-rakannya banyak membantu mencipta gerakan.

sumber:- HM

“Saya gembira apabila dapat menjaringkan gol pertama tetapi ia semua adalah kerjasama berpasukan,” katanya