Sukan

Sah dibatalkan daripada saingan Piala Malaysia

Melaka United (MU) disingkir daripada saingan Piala Malaysia yang belum pun membuka tirainya susulan kegagalan pasukan itu melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.

Keputusan itu dibuat Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas pasukan Liga Super itu gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji mengikut tarikh ditetapkan.

Dalam satu kenyataan MFL, menyatakan Melaka United sudah pun menerima notis peringatan pada 6 September lalu untuk menyelesaikan segala tunggakan gaji atau mendapat persetujuan bersama pegawai dan pemain yang terbabit sehingga 20 September ini

Bagaimanapun pada hari ini, Melaka United hanya dapat mengemukakan bukti pembayaran sehingga Jun 2022.

Melaka United gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan, di mana mereka hanya membuat pembayaran baki tunggakan gaji sehingga Jun 2022.

Selain itu, mereka juga belum mendapatkan persetujuan bersama pemain dan pegawai bagi bayaran baki tunggakan gaji berkenaan.

Maka atas sebab itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan tidak membenarkan Melaka United bertanding dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

“MFL mengingatkan agar Meaka United dapat menyelesaikan baki tunggakan gaji berkenaan bagi mengelakkan mereka tidak diberikan lesen bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) 2023,” kata badan pengendali liga itu.

Berkenaan dengan pasukan gantian slot Melaka United untuk saingan Piala Malaysia, MFL akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Sementara itu, MFL turut mengesakan Sarawak United sudah menjelaskan semua bayaran gaji tertunggak kepada pemain sehingga bulan Ogos lalu.

“Bayaran gaji tertunggak kepada pegawai pasukan pula sudah dibayar sehingga bulan Julai 2022. Bagaimanapun, Sarawak United dan pegawai pasukan mencapai persetujuan bersama berkenaan bayaran tunggakan gaji bulan Ogos 2022.

sumber:- BH

“Walaupun ada usaha ditunjukkan oleh pihak pengurusan Sarawak United untuk menyelesaikan tunggakan gaji ini, MFL tetap memberi peringatan kepada Sarawak United agar isu seumpama ini tidak berulang lagi yang boleh memberi kesan kepada lesen untuk bertanding dalam Liga M 2023,” katanya.