Sukan

Johor kempunan tamatkan penantian 36 Tahun

Wilayah Persekutuan kian menghampiri pingat emas selepas mara ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dan bakal bertemu Pulau Pinang di Stadium UiTM, Rabu ini.

Ini selepas mereka menumbangkan Johor 5-4 menerusi sepakan penalti penentuan pada aksi suku akhir yang berlangsung di venue sama sekali gus membolehkan mereka melengkapkan slot sebagai empat pasukan terbaik pada temasya kali ini.

Wilayah Persekutuan mendahului seawal minit ke-13 menerusi penyudah Muhammad Haqimi Azim Rosli sebelum diikat Johor di penghujung babak pertama hasil ledakan Mohamad Rafiefikri Mohd Rosman.

Bagaimanapun, kemenangan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti penentuan apabila kedudukan 1-1 kekal selepas perlawanan berlangsung 120 minit.

Pada aksi sebelah petang di Stadium UNITEN, Pulau Pinang menyingkirkan Kelantan 5-4 menerusi sepakan penalti penentuan selepas aksi 120 minit berakhir dengan keputusan 2-2.

Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir menampilkan pert3mbungan antara Terengganu berdepan Selangor di Stadium UKM juga berlangsung pada Rabu.

Terengganu mendominasi aksi suku akhir apabila membenam Perlis 3-0 menerusi jaringan Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid (m-48), Muhamad Azrul Iman Mohd Yusof (m-56) dan Muhammad Safwan Mazlan (m-86).

sumber:- BH

Selangor turut diheret sehingga ke sepakan penalti penentuan di Arena UM apabila terikat tanpa jaringan men3ntang Pahang sebelum mara ke separuh akhir dengan memenangi sepakan penalti penentuan 7-6.