Sukan

Manchester United dilanda masalah lagi

Pemain dan kakitangan Manchester United mengalami keracvnan makanan selepas meraih kemenangan pada saingan Liga Europa di Moldova.

Pasukan itu kembali selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sheriff, Jumaat lalu menerusi pesawat peribadi.

Bagaimanapun difahamkan terdapat kira-kira 12 anggota pasukan yang tidak sihat pada Sabtu lalu.

Pihak kelab sedang mengenalpasti adakah keracvnan makanan itu berlaku ketika di Chisinau atau di dalam pesawat semasa dalam perjalanan pulang.

Sebilangan pemain tidak dapat menghadiri sesi latihan pada Sabtu lalu akibat insiden itu manakala ada juga pemain yang tidak dapat menghadiri sesi latihan pada Ahad.

Kemenangan di Chisinau meletakkan United kembali di landasan yang betul selepas tewas dalam aksi pembukaan Kumpulan E kepada Real Sociedad.

Pengurus baharu United, Erik Ten Hag menyaksikan dirinya dapat membantu pasukan meraih lima kemenangan dalam enam perlawanan terakhir United.

sumber:- HM

Mereka sudah melakar empat kemenangan di Liga Perdana selepas dua perlawanan pembukaan yang mengecewakan apabila tewas 1-2 di tempat sendiri kepada Brighton dan 0-4 dib3lasah di Brentford.