Sukan

Luahan Azam Azih sejak 2017

Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Nor Azam Azih, mengakui sukar buatnya untuk menampilkan prestasi terbaik seperti dahulu akibat kec3deraan lutut yang dialaminya sejak 2017.

Sebagai langkah alternatif dia terpaksa mengambil pil tahan sakit setiap kali sebelum perlawanan dan mengikat lutut menggunakan pita apabila sesi latihan.

Permainan saya tak sama macam dulu disebabkan sakit di bahagian meniskus. Ia mengganggu prestasi saya dalam liga kerana tak boleh betul-betul kerah kudrat.

“Saya seorang pemain yang gemar lakukan pintasan (interception) tetapi sakit dialami ini membuatkan saya sukar untuk buat demikian. Jadi keyakinan saya agak kurang,” katanya.

Bagaimanapun, dia tiada masalah untuk memberikan yang terbaik sekiranya diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon, untuk bermain.

Skuad Harimau Malaya dalam persiapan untuk menghadapi Piala Raja Thailand edisi ke-48 berdepan tuan rumah di Stadium Chiang Mai pada 22 September ini.

Dalam pada itu, Nor Azam tidak merasakan ketiadaan Syamer Kutty Abba dalam skuad kebangsaan kali ini akan menjejaskan permainan pasukan kerana terdapat pemain berbakat lain seperti Brendan Gan dan Nazmi Faiz Mansor.

Katanya, dalam tempoh dua hari sesi latihan, jurulatih ada mencuba gandingannya dan Gan (Brendan) di bahagian tengah.

sumber:- SA

“Saya lihat kelebihan pada bertahan ada pada Brendan dan gandingan kami ada nampak sedikit keserasian dalam dua hari sesi latihan ini dan akan terus tingkatkan prestasi.