Sukan

Kata – kata Faisal Halim buat pemain makin ‘berdiri bulu roma’

Pantang berundur sebelum melawan apabila barisan pemain skuad Harimau Malaya tampil di jemputan Piala Raja Thailand 2022 bukan untuk ‘timba pengalaman’ namun lebih kepada mempertingkatkan lagi kualiti pasukan sebagai persediaan mengharungi kejohanan lebih besar tahun depan.

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim berkata, tiada istilah ‘cobaan’ di kejohanan yang berlangsung di Chiang Mai itu apabila pasukan Harimau Malaya memasang impian untuk mengejutkan pasukan di ranking lebih baik selain beraksi di pentas final.

Walaupun kejohanan itu bertaraf jemputan, Faisal yang juga tonggak Terengganu FC melihat kejohanan itu adalah peluang untuk menguji tahap kemampuan skuad Harimau Malaya apabila berhadapan pasukan yang berada di ranking lebih baik.

Sudah tentu setiap kali kita pergi ke sesuatu kejohanan ataupun perlawanan seperti ini, jurulatih katakan kita pergi untuk ke final. Kita mahukan Piala Raja Thailand itu tetapi kita tahu aksi pertama berdepan Thailand bukanlah satu aksi yang mudah.

“Kita tahu kemampuan Thailand tetapi kita pun ada kemampuan kita juga. Apa yang penting adalah satu pencapaian yang baik jika kita berjaya menyekat Thailand,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Sebagai rekod, Malaysia akan berdepan Thailand yang menghuni ranking ke-111 dunia pada aksi pertama sebelum berpeluang berdepan Trinidad dan Tobago (101) ataupun Tajikistan (109) pada aksi kedua, 25 September.

Mengulas lanjut persiapan skuad ke Chiang Mai, Faisal mengakui barisan pemain cukup bersemangat dan bersedia berdepan dengan tuan rumah.

Mungkin ini adalah skuad terbaik untuk masa akan datang kerana ada kombinasi pelbagai pemain daripada pemain senior, muda serta pemain yang tidak terlalu berusia.

Boleh kata yang tiada bintang dalam skuad ini. Jadi semua menunjukkan kerjasama dan cuba buat yang terbaik ketika men3ntang Thailand nanti.

sumber:- HM

“Misi peribadi saya adalah sekurang kurangnya untuk membantu skuad negara mara ke final Piala Raja Thailand,” katanya.